here again..to talk abt my project..to finalize it..muahaha..although d project report haven submit yet..hmmm..dat nite actually,i was jz sitting with the VIP n watch the flow whlie worrying any problems or mistakes mayb occur...n luckily no huge prob..n the mc r funny aswell..n the respond aso quite gud..there r audiences...n abt d project flow..i think i jz copy n paste the laporan kerja done by my secretary..but its in malay version..
10.0 LAPORAN PROJEK
Pada 23 Februari 2010, Selasa, sesi fotografi untuk model ‘fashion show’ seramai 14 orang telah dijalankan dahulu di sekitar Dewan Muadzam Shah (DMS). Sesi fotografi ini diadakan dari pukul tiga petang sehingga pukul tujuh petang. Tujuan fotografi ini diadakan adalah untuk saringan model. Sebanyak 50 peratus daripada sesi ini menyumbang kepada markah peserta dan kemudian 10 peratus lagi adalah berdasarkan undian dari mahasiswa/i DPP TNB. Selepas sesi fotografi ini dijalankan, poster peserta untuk setiap blok telah dihasilkan bagi sesi undian. Hanya beberapa orang ahli jawatankuasa (AJK) sahaja yang terlibat untuk menjayakan sesi ini.
Projek ini terus dilaksanakan pada 28 Februari 2010, Ahad di Astaka Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pada pagi sebelum majlis berlangsung, Majlis Tertinggi (MT) dan juga biro aktiviti/promosi telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan segala persiapan yang perlu iaitu menghias Astaka DPP TNB, manakala biro logistik pula mengatur segala peralatan termasuk PA sistem, ‘lighting’ dan juga LED night yang baru dapat dari pihak JPP. Seterusnya, pada pukul 3.00 petang, biro protokol, biro urusetia/ttk/cenderahati dan biro makanan pula tiba di Astaka bagi menjalankan tugas yang telah diaturkan. Sebelum itu, semua biro bekerjasama membawa dan menyusun kerusi mengikut lay-out yang telah disediakan. Pada pukul 4.00 petang pula, peserta untuk nyanyian dan ‘fashion show’ serta MC Majlis telah sampai bagi menjalankan sesi raptai. Raptai penuh dilakukan sebanyak dua kali bagi memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan mengelakkan kesalahan semasa program dijalankan. Raptai tamat pada pukul 6.00 petang.
Pada jam 7.45 malam, semua AJK telah hadir dan mula menjalankan tugas masing-masing. Para pelajar mula hadir pada pukul 8.30 malam dan duduk di kerusi yang telah disediakan. Kemudiannya, VIP pula hadir pada pukul 8.45 malam. Majlis bermula tepat jam 9.00 malam dengan sambutan masuk tetamu terhormat, iaitu Pengetua Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional, Dr. Amlus bin Ibrahim bersama felo yang hadir iaitu En. Nik Mohd Baidzani Haddad Ibrahim dan Cik Mazyana Hashim sebagai juri jemputan serta Saudari Noor Faezah Basary, Mahasiswa/i Perwakilan Pelajar (MPP) juga sebagai juri jemputan diiringi oleh Pengarah Projek, Shereen Lee Chia Earn serta beberapa orang biro protokol. Majlis bermula dengan nyanyian lagu’Negaraku’ dan ‘Biru Warna’. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengarah projek, kemudian disusuli dengan ucapan Presiden DPP TNB dan ucapan Pengetua DPP TNB, sekaligus merasmikan majlis ini. Upacara memotong riben dilaksanakan sebagai simbol perasmian majlis ini. Seterusnya, majlis diraikan dengan persembahan jemputan yang bertemakan ‘moden dance’. Kertas undian untuk peserta ‘fashion show’ juga mula diedarkan pada masa ini.
Majlis diteruskan dengan pertandingan ‘fashion show’ inter blok iaitu peserta memperagakan pakaian masing-masing dengan gaya tersendiri kepada semua penonton yang hadir. Selepas itu, pertandingan diteruskan dengan nyanyian pelajar inter blok seramai enam orang sementara kertas undian mula dikutip semula untuk proses pengiraan markah peserta ‘fashion show’. Kemudian, seramai lima orang peserta finalis akhir ‘fashion show’ diumumkan dan setiap peserta dikehendaki menjawab soalan berlainan yang dikemukakan oleh pengerusi majlis dan juri jemputan memberi komen masing-masing kepada peserta secara keseluruhan. Majlis bertambah meriah apabila ‘games time’ bermula iaitu penonton secara sukarela bertanding makan limau dalam masa yang telah ditetapkan. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi ’games time’, nyanyian dan ’fashion show’ serta cenderamata kepada VIP yang hadir. Majlis ditamatkan oleh pengerusi majlis dengan ucapan terima kasih kepada semua para hadirin yang sudi datang.
Selepas majlis berakhir, kesemua AJK bersama-sama mengemas semula Astaka DPP TNB dan bergambar untuk dijadikan kenangan.
hehe...understand it??although i think dat i din really try my best for dis project,for example the way of save cost,,actually we can jz do it better..by getting more things..n i try to simplelised the event...however..reflash bac,actually we can do it much more BIG...hmmm..but anyway,.i wont handle any project again..jz keep dis as me memories..some photos to share
No comments:
Post a Comment